Thursday, July 30, 2009

ACTION RESEARCH PROPOSAL 2009

TITLE:

DEVELOPING STUDENTS’ ABILITY IN CONTINUOUS WRITING BY USING DESCRIPTIVE SONGS AMONGST FORM 5 STUDENTS (5C,6C,7D GRADE)

RESEARCHER:
Pn. Julia Bt. Abdul Muttalip

RESEARCH BACKGROUND:
As an English Teacher for Form 4 & 5 students, I have encountered difficulties in marking essay questions, especially the continuous writing section. This is due to students’ inability to generate ideas and appropriate vocabulary in context when building sentences. Hence, this will hinder them from getting higher grades for the 1119 English Language paper as 60% of the marks comes from Paper 1, which consists of Directed Writing and Continuous Writing section. Therefore, by using descriptive songs in my lessons, it is hoped that students will be able to write better essays.

Focus of Research:
1. Transcribing lyrics
2. Sentence structure and tenses used in the songs


RESEARCH OBJECTIVES

General Objective
This research is aimed at assisting students in writing better essays

Specific Objectives:
1. Students will be able to write a continuous essay of 350 words.
2. Students will be able to use appropriate vocabulary in their essays.
3. Students will be able to apply the sentence structures and use of tenses in context.

Target Students:

5A students who re weak in essay writing (based on their mock essay test)

Proposed Actions:
1. Selection of songs
2. Duplicating lyrics
3. Lesson

Research Schedule

JAN Identifying areas of research
FEB Identifying students involved in the research
MARCH Selection of appropriate narrative songs
APRIL Preparation of handouts for students
Carry out lessons using narrative songs
Essay 1
Carry out 2nd lesson using narrative songs
Essay 2
MAY Collection of data based on students’ essay marks
JUNE Reflections


Proposed Budget

Handouts:

10 sets (RM 0.50 per set) x 15 students=RM 75.00

Friday, July 17, 2009



""MENGUBAH SEMPADAN IMAN"Tajuk ini dipetik dari sebuah buku yang saya baca, tulisan Prof. Dr. Kamil Bin Ibrahim, yang banyak mengajar saya tentang peri pentingnya menjadi insan yang paling istimewa di sisi Allah. Setelah menamatkan bacaan pertama, saya berikan buku tersebut kepada suami untuk dibaca. Saya ingin kepastian tentang perasaan saya.Ternyata kami mempunyai gerak hati yang sama. Baru kami sedar, pejalanan kami mengerjakan umrah bukanlah satu perjalanan yang bertujuan untuk bertawaf dan sa'ie sahaja. Perjalanan itu harus bermula lama sebelum itu.

Dalam kesibukan tugas harian, kita selalu alpa dengan nikmat yang Allah berikan. Kita buat yang wajib-wajib, kadang-kadang ada diselitkan amalan sunat, kalau sempat. Kenapalah ketika sibuk membuat persiapan, 3 bulan sebelum tarikh keberangkatan baru saya bertemu dengan buku tersebut? Patutlah ibu mertua selalu bertanya, dah mula Qiyamullail? Jawapannya hanya satu senyuman yang dipinjam dari si kerang busuk....belum sempat, bu. Allah maha pengasih dan penyayang, Dia mahukan kunjungan saya ke Baitullah sesuatu yang sempurna perjalanannya dan ibadah-ibadahnya. Alhamdulillah...barulah dapat saya menyusun perkara-perkara lain selain barang keperluan fizikal yang perlu dibawa. Kelengkapan spiritual.

Setelah sekolah ditutup dan anak-anak dihantar ke kampung, barulah saya rasakan jiwa saya bagaikan disentuh. Entah kenapa setiap solat diiringi airmata tanpa disuruh.Solat Taubat terakhir sebelum meninggalkan rumah sangat bermakna.Perasaan berdebar, gembira, bersyukur bercampur-baur. Sepanjang perjalanan hati berdoa agar dijadikan tetamu Allah yang istimewa. Hanya itu.

Thursday, July 16, 2009

UMRAH...mengubah sempadan imanku

Perjalanan dari Singapura menuju Jeddah memang meletihkan, tambahan dengan transit 2 jam di Mumbai. Disambung dengan 5 jam menuju Madinah. Ustaz Basit yang merupakan mutawwif kami membimbing kami membaca doa. Masih teringat ayat-ayatnya dalam telor Indonesia ; “Ibu2 Bapa2 , sama-sama kita bacakan Doa naik kenderaan, dan doa cepat sampai.” Kami pun mengikut setiap doa yang dibacakan. Dalam hati ada terdetik,"…Doa naik kenderaan ni memang selalu dengar masa anak2 baca sebelum perjalanan, tapi doa cepat sampai ni macamana pulak..tak pernah dengar pun." Ustaz pun menyambung dengan Doa cepat sampai, yang berbunyi:
"Bismika Allahumma Ahya Wa Amuut.". Laaaa....doa sebelum tidur rupanya.Kemudian katanya "Ya, kalau ibu-ibu dan bapa-bapa tidur, bila celik mata kita udah sampei.Jadi itulah doa cepat sampei." Berseloroh pula ustaz ni.Kami terlalu letih untuk ketawa, hanya sekadar tersenyum sambil melelapkan mata.

Keseluruhan perjalanan mengambil masa hampir 15 jam. Harapannya dapat solat Subuh di Masjid Nabawi, tapi tak berkesempatan kerana waktu Subuh di sana pada jam 4.07. Kami berhenti di R n R di lebuhraya, 40 km dari bandar Madinah.

Kami tiba di AlFayroz Shatta, Madinah pada jam 7.45 pagi. Syukur kerana akhirnya kami sampai ke destinasi. Penerangan Ustaz tentang pintu-pintu masjid didengar dengan teliti.Yang pastinya, pintu masuk ke masjid untuk lelaki berbeza dengan pintu untuk kaum wanita.Lelaki masuk melalui Babussalam, laluan Rasulullah s.a.w ke masjid Nabi, dan juga laluan menuju ke makam Rasulullah s.a.w. "Ingat, pintu 25, bu", sekadar mengingatkan ibu tentang nombor pintu supaya tidak tercari-cari. Ibu dan ayah dah cukup biasa dengan Masjid Nabawi, jadi kami tidak begitu bimbang kerana sentiasa ada guru-guru yang mahir bersama kami setiap masa. Hajah Jamilah pun tak berhenti-henti memberi panduan kepada jemaah wanita.

Melihatkan masjid yang begitu hampir dengan hotel, hati rasa ingin terus menziarahi makam Rasulullah s.a.w, namun adab masuk ke Masjid harus dipatuhi. Ini Masjid Nabi, masjid yang sangat istimewa.Mesti mandi bersih-bersih, pakai wangi-wangian.Alamak! Minyak wangi tak bawak! Sambil menunggu Hajah Jamilah menguruskan bilik hotel, kami sempat meninjau-ninjau duri-duri kecil di sekeliling hotel, untuk mencari minyak wangi. Duri-duri yang selalu membuatkan kami tersangkut dan berhenti untuk membeli. Begitu banyak duri di sekitar hotel, kiri, kanan, depan, seberang kanan, seberang kiri, seberang hotel yang di seberang dengan pelbagai tarikan, jubah, tasbih, cincin, jam tangan...semua ada. Masih terlalu awal untuk membeli-belah. Duri adalah istilah Ustaz Basit merujuk kepada kedai mahupun jualan-jualan di tepi –tepi lorong. Teringat kata-kata Prof. Kamil yang dia berdoa minta ditutupkan hati untuk bershopping." Ya! Allah! Aku datang semata-mata untuk beribadah, maka tutuplah hatiku daripada keinginan untuk bershopping, melainkan untuk yang benar-benar perlu, Ya Allah".
Setelah mendapat kunci bilik, kami membersihkan diri dan berehat seketika. Waktu Zuhur bermula jam12.15. Jadi, kami bercadang untuk ke Masjid jam 11."Nanti dah ramai orang", kata ibu. Jam 11 kami pun melangkah meninggalkan hotel, menuju ke masjid Nabawi. "Ingat ….niat I'tikaf", kata ibu setelah berdoa sebelum melangkah masuk masjid. Polis di pintu 25 memeriksa beg dan badan kami sambil bertanya" Mobile? Mobile?"..."Ma fi",saya menjawab."ma fi mobile'. Tidak boleh membawa handphone ke dalam masjid, apatah lagi kamera. Pemeriksaan agak ketat. Setelah berjaya masuk ke ruang dalam masjid, kami meneguk air zamzam sekadar membasahkan tekak, bimbang perlu ke tandas yang agak jauh dari masjid. Lepas solat aku nak minum banyak-banyak. Sekali lagi kata-kata Prof. Kamil tentang niat ketika minum air zamzam. ..."Ya Allah! Jadikanlah air ini penawar segala sakitku, dan kurniakanlah kesihatan yang berpanjangan kepadaku Ya Allah”.

Ibu mendapat saf bersama-sama jemaah Hajah Jamilah yang lain. Saya meminta kebenaran untuk meninjau saf yang hadapan, mamandangkan banyak lagi waktu sebelum azan Zuhur. Hajah Jamilah pun selalu pesan ketika kami mengikuti kelas umrah di pejabatnya. Rebut saf yang pertama. Jangan solat di belakang. Ibu mengizinkan dan kami berjanji bertemu di pintu 25 selepas solat. Bermulalah adventure saya di Masjid Nabawi. Pertama, cari saf pertama. Jumpa. Mencari Raudhah. Tak jumpa. Pintu ke Raudhah dibuka pada waktu tertentu sahaja. Hendak bertanya, di kanan orang Arab, di kiri orang Pakistan…macam-macam orang pulak. Mana jemaah Malaysia ?Relax dulu. Balik nanti rujuk Hajah Jamilah. Walaupun terasa asing , hati tetap tenang. Ketenangan yang susah untuk diungkapkan dengan kata-kata. Istimewanya suasana di dalam Masjid Nabawi, mungkin kerana di sini bersemadinya Rasulullah s.a.w.